awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tiba di Perdana Putra bagi menyampaikan perutusan khas

Bernama
Bernama
10/10/2022
06:34 MYT
PM tiba di Perdana Putra bagi menyampaikan perutusan khas
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bangunan Perdana Putra bagi menyampaikan perutusan khas pada 3 petang ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Perdana Putra tengah hari ini bagi menyampaikan perutusan khas yang dijadualkan pada pukul 3 petang ini, ketika spekulasi pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin memuncak.
"Pukul 3 (petang) saya umum," katanya ketika ditanya mengenai pengisian perutusan khas pada pukul 3 petang yang telah diuar-uarkan melalui saluran sosial media beliau.
Ditanya perutusan itu mengenai apa, Ismail Sabri berkata: "adalah..".
Kenderaan yang membawa Ismail Sabri Yaakob kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pukul kira-kira 1.35 tengah hari.
Ismail Sabri sebelum ini dijadualkan menghadiri Perhimpunan Agung Malaysian Indian Congress (MIC) ke-76 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur pada 2.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#PRU15
#ismail sabri yaakob
#Perutusan Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan