awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN Perak capai kata sepakat, hormati segala keputusan Sultan Nazrin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/03/2020
08:37 MYT
PN Perak capai kata sepakat, hormati segala keputusan Sultan Nazrin
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Razman Zakaria dan Datuk Saarani Mohamad keluar dari Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto BERNAMA
Perikatan Nasional (PN) Perak hari ini mencapai kata sepakat untuk menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam menentukan individu yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Bekas Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ketiga-tiga pemimpin telah menyerahkan sepucuk surat kepada Sultan Nazrin dalam pertemuan itu.
“Kami telah menyembahkan sepucuk warkah kepada Tuanku, untuk Tuanku perkenan pemilih seorang Menteri Besar bagi kerajaan baginda, negeri Perak Darul Ridzuan.
“Kami tidak berhajat untuk berkata lebih daripada itu, selain daripada ingin menyampaikan warkah yang telah kami persembahkan dan telah pun diperkenankan oleh DYMM Tuanku untuk dikongsi bersama pihak media agar disebar luas kepada rakyat jelata,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Istana Kinta hari ini.
Hadir sama adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Shaarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.
Memetik surat tersebut, nama ketiga-ketiga mereka selaku pemimpin utama komponen PN Perak dipersembahkan kepada Sultan Nazrin untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Perak.
“Berdasarkan kepada persetujuan ketiga-tiga parti di bawah PN, patik-patik mohon sembah perkenan Kebawah Duli Tuanku untuk pelantikan Menteri Besar yang baharu dan akan menyokong sepenuhnya,” memetik surat tersebut yang turut dilampirkan kepada media.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderiang turut berkongsi titah pesanan Tuanku kepada para pemimpin politik negeri dan rakyat secara keseluruhannya.
“Bagi pihak kami bertiga, saya juga ingin menasihati semua rakyat agar bersabar dan bertenang sambil menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Perak berkenaan Menteri Besar yang ke-13.
“Jaga kesihatan seperti yang dinasihati oleh Sultan Perak. Tuanku telah bertitah agar kami semua ahli politik dan rakyat lebih mementingkan kepada kestabilan politik, tidak bercakaran sesama sendiri dan mementingkan keselamatan kesihatan buat seluruh rakyat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Menteri Besar
#PAS
#Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Perak
#politik
#Razman Zakaria
#Shaarani Mohamad
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Perak
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan