awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Perak: ADUN Pokok Asam tidak akan sokong calon MB daripada UMNO

Fareez Azman
Fareez Azman
06/12/2020
09:45 MYT
Politik Perak: ADUN Pokok Asam tidak akan sokong calon MB daripada UMNO
Leow berkata kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak selepas sembilan bulan berkuasa sebelum ini disebabkan oleh UMNO, apabila tiga ADUN PH menyokong BN. - Gambar fail/DAP
KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Asam, daripada DAP, Leow Thye Yih berkata dia tidak akan menyokong mana-mana calon Menteri Besar sekiranya calon terbabit datangnya daripada UMNO.
Leow megambil pendirian itu susulan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang berkata bahawa DAP sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO dalam membentuk kerajaan negeri yang baharu demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.
Katanya, kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu selepas sembilan bulan berkuasa sebelum ini disebabkan oleh UMNO, apabila tiga ADUN PH menyokong BN.
“Kedua-dua peristiwa tersebut mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak yang berikutnya," kata Leow ketika dihubungi Astro AWANI.
Justeru dia turut menggesa ADUN DAP lain di negeri itu mengambil pendirian sama.
“Saya menyeru rakan-rakan sepejuangan DAP khasnya ADUN-ADUN DAP Perak, menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak berikutnya,” jelas Leow lagi.
LAPOR LANGSUNG: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu politik
BACA: PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak
Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan berbilang kaum, kuat dan stabil.
Malah tegas Nga, beliau terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan yang membina.
Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media memaklumkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.
Bagaimanapun, Presiden UMNO itu berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Nga Kor Ming
#UMNO
#Barisan Nasional
#DAP
#Pakatan Harapan
#Menteri Besar
#ADUN
#presiden
#calon
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan