awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPBM dan pembangkang atur pertemuan runding kerjasama - Muhyiddin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
02/11/2016
06:25 MYT
PPBM dan pembangkang atur pertemuan runding kerjasama - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, perbincangan mengenai rangka kerjasama adalah penting dalam usaha membentuk gabungan kuat bagi berdepan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah mengaturkan pertemuan dengan parti-parti pembangkang seperti PAS dan Pakatan Harapan untuk berunding bagi menjalinkan kerjasama.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya sudah menerima respon positif untuk memulakan perundingan.
"Ini merupakan langkah pertama. PAS sudah bersetuju untuk bertemu dengan kami. Begitu juga dengan Pakatan Harapan," kata Muhyiddin dalam satu sidang media di Putrajaya bagi mengumumkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.
Menurut beliau, perbincangan mengenai rangka kerjasama adalah penting dalam usaha membentuk gabungan kuat bagi berdepan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Buat masa ini, ramai yang bersetuju prinsip satu lawan satu adalah penting untuk mengalahkan BN. Ini adalah permulaan yang baik," kata Muhyiddin.
Apabila ditanya bilakah pertemuan tersebut akan diadakan, Muhyiddin hanya berkata ianya rahsia.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Pilihanraya Umum
#PPBM
#PRU-14
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan