awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Jepak bermula hari ini

Bernama
Bernama
21/10/2023
00:30 MYT
PRK DUN Jepak bermula hari ini
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Dewan Suarah di Bintulu dibuka pada 9 pagi ini. - Gambar BERNAMA
BINTULU: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Dewan Suarah di sini dibuka pada 9 pagi ini.
Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam hingga 10 pagi sebelum calon-calon yang layak bertanding diumum Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey.
PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip,72, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 15 Sept lepas.
Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi untuk PRK DUN Jepak adalah pada 4 Nov ini, manakala 31 Okt sebagai tarikh pengundian awal.
Bagaimanapun, semalam, Abang Zainuddin memaklumkan tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 31 Okt ini kerana kesemua 43 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis akan menggunakan sistem undi pos.
Rabu lepas, GPS mengumumkan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak, Iskandar Turkee sebagai calon mereka.
Sebelum itu, dua parti pembangkang tempatan Sarawak sudah menamakan calon masing-masing bagi mencabar GPS, selain desas-desus mengenai penyertaan beberapa calon Bebas dalam PRK itu.
Sementara itu, Perikatan Nasional membuat ketetapan tidak meletakkan calon untuk bertanding pada PRK DUN Jepak, kerana ingin memberi tumpuan mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada PRK yang akan diadakan pada 2 Dis depan.
PKR Sarawak juga mengambil tindakan sama untuk tidak meletakkan calon di PRK DUN Jepak, demi menjaga keharmonian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
PRK DUN Jepak mempunyai sebanyak 22,804 pengundi berdaftar dengan majoritinya terdiri daripada etnik Melayu/Melanau. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK DUN Jepak
#proses penamaan calon
#SPR
#Allahyarham Talib Zulpilip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan