awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan, Lamag: Lebih 60 peratus pengundi awal selesai mengundi - SPR

Bernama
Bernama
20/01/2026
04:10 MYT
PRK Kinabatangan, Lamag: Lebih 60 peratus pengundi awal selesai mengundi - SPR
SPR memaklumkan bahawa daripada keseluruhan 196 anggota polis yang layak mengundi awal, 189 anggota menunaikan tanggungjawab masing-masing secara fizikal, manakala tujuh anggota lagi mengundi melalui undi pos. - Gambar/ Bernama
KINABATANGAN: Seramai 132 anggota polis atau 69.84 peratus telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, setakat 11 pagi ini.

Ringkasan AI
  • 132 anggota polis atau 69.84% telah mengundi awal bagi PRK Parlimen Kinabatangan, manakala 130 anggota polis atau 69.15% telah mengundi bagi PRK DUN Lamag.
  • Daripada 196 anggota polis yang layak mengundi awal, 189 mengundi secara fizikal manakala tujuh menggunakan undi pos.
  • Proses pengundian awal diadakan di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dalam cuaca baik, susulan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin, dengan PRK Parlimen Kinabatangan melibatkan tiga calon dan DUN Lamag pertandingan satu lawan satu.

Menurut grafik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula, seramai 130 anggota polis atau 69.15 peratus telah selesai mengundi dalam tempoh yang sama.
SPR memaklumkan bahawa daripada keseluruhan 196 anggota polis yang layak mengundi awal, 189 anggota menunaikan tanggungjawab masing-masing secara fizikal, manakala tujuh anggota lagi mengundi melalui undi pos.
Proses pengundian awal diadakan di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan yang dibuka pada 8 pagi tadi dan akan ditutup pada 5 petang ini, berlangsung dalam keadaan cuaca baik.
Kedua-dua PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu berlangsung antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Parlimen Kinabatangan merangkumi tiga DUN iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut dengan keseluruhan 48,722 pengundi berdaftar, manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#PRN DUN Lamag
#PRK Parlimen Kinabatangan
#undi awal
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan