awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pujut: BN perlu strategi baharu dekati pengundi Cina

Bernama
Bernama
19/05/2017
23:00 MYT
PRK Pujut: BN perlu strategi baharu dekati pengundi Cina
Ditanya mengenai hasrat DAP yang mahu mencabar keputusan DUN Sarawak berhubung dua kerakyatan Ting, Nancy (gambar) berkata keputusan dewan adalah muktamad. - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) akan merangka strategi baharu bagi mendekati pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Sarawak yang akan diadakan pada 4 Julai ini.
Setiausaha Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri berkata BN berpeluang untuk menyerlah dan menang di PRK DUN Pujut yang mempunyai kira-kira 68 peratus pengundi Cina.
Ini berikutan pada Pilihan Raya Negeri tahun lepas, calon BN Datuk Hii King Chiong kalah tipis kepada calon DAP, Dr Ting Tiong Choon dengan majoriti kecil iaitu 1,759 undi, katanya.
"Sehubungan itu, kita perlu merancang dengan rapi dan merangka strategi khususnya yang berkait rapat dengan ekonomi seperti menaik taraf status ekonomi masyarakat Cina di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Fit Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Wanita di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan di sini pada Jumaat.
Selain itu, Nancy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pemilihan calon yang tepat penting untuk memastikan BN menang dalam PRK kali ini.
Ditanya mengenai hasrat DAP yang mahu mencabar keputusan DUN Sarawak berhubung dua kerakyatan Ting, Nancy berkata keputusan dewan adalah muktamad.
"Bagaimanapun, DAP berhak untuk mencabar namun berdasarkan rekod terdahulu, usaha itu tidak akan berjaya," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya semalam mengumumkan PRK DUN Pujut akan diadakan pada 4 Julai ini manakala tarikh penamaan calon adalah pada 20 Jun ini.
PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Ting sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak pada 12 Mei lepas.
DUN Sarawak melucutkan kelayakan Ting sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh kerana Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua kerakyatan
#DUN Sarawak
#Nancy Shukri
#pengundi Cina
#PRK DUN Pujut
#Pujut
#Ting Tiong Choon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan