awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 2 Julai

Bernama
Bernama
23/06/2024
05:10 MYT
PRK Sungai Bakap: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 2 Julai
Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 2 Julai. - Gambar hiasan Bernama
NIBONG TEBAL: Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 2 Julai.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata, ini kerana, kesemua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos.
"Betul tiada pengundian awal, semua telah memohon untuk undi pos," katanya secara ringkas kepada Bernama ,menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan kertas undi pos kepada semua yang terlibat esok dan kertas itu boleh diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab (PYB) pada 2.30 petang.
SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.
Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei, seramai 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.
PRK DUN Sungai Bakap yang menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail itu, diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#undi awal
#pusat mengundi
#DUN Sungai Bakap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan