awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: BN tanding 17 kerusi DUN N.Sembilan - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
15/07/2023
11:43 MYT
PRN: BN tanding 17 kerusi DUN N.Sembilan - Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga, kiri) bersama jentera Barisan Nasional melaungkan kata-kata semangat pada Majlis Penyerahan Anak Angkat PRN Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA PILAH: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri bulan depan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata kerusi itu adalah 16 DUN dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan satu lagi kerusi di DUN Lenggeng yang disandang oleh Suhaimi Kassim daripada Parti Amanah Negara (Amanah).
"Di atas kertas BN bertanding 16 kerusi DUN, tetapi telah dipersetujui Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang) telah membuat keputusan kerusi DUN Lenggeng diberikan kepada BN.
"Tiada dakwa lagi, itu sebabnya saya katakan bahawa keputusan Majlis Presiden itu muktamad. Siapa nak cakap apa, cakaplah melainkan jika ada orang cuba menelan semula dia punya janji," katanya ketika berucap pada Majlis Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.
Mohamad yakin BN mampu memenangi kesemua kerusi ditandingi nanti dengan persiapan jentera yang lancar dan dibantu jentera parti dari Johor dan Melaka pada pilihan raya kali ini.
Beliau menyarankan semua jentera parti agar mengenal pasti 'DNA' lokaliti pengundi di semua pusat daerah mengundi (PDM) bagi mengukuhkan gerak kerja dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini.
Media semalam melaporkan Amanah Negeri Sembilan mengumumkan kekal bertanding di tiga kerusi DUN pada PRN kali ini iaitu di DUN Klawang, Lenggeng dan Paroi.
Pada PRU14, Negeri Sembilan yang memiliki 36 kerusi DUN, menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga).
BN pula memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerusi DUN
#Negeri Sembilan
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan