awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: BN Terengganu, Kelantan dijangka tanding lebih banyak kerusi - Nik Nazmi

Faida Rahim
Faida Rahim
14/04/2023
16:32 MYT
PRN: BN Terengganu, Kelantan dijangka tanding lebih banyak kerusi - Nik Nazmi
Nik Nazmi memberi bayangan untuk memberi tumpuan di kawasan bandar dan beberapa faktor perlu diambil kira termasuk prestasi menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) 15. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Terengganu dan Kelantan dijangka akan bertanding lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan keputusan rundingan pengagihan itu akan dimuktamadkan selepas sambutan Aidilfitri.
“Hasil rundingan awal mengenai agihan kerusi antara kedua-dua parti itu sebelum ini menunjukkan perkembangan yang baik.
“Dalam masa yang sama, setiap parti juga akan mengadakan proses saringan calon. Di Kelantan dan Terengganu keputusan kita adalah untuk mendapatkan lebih banyak kerusi kerana bagi mereka ke depan.
"Ia lebih banyak atas rekod mereka lebih lama di dua negeri ini dan kita punya prinsip untuk dua negeri ini,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Iftar Ramadan di Kuala Terengganu pada Jumaat.
Ketika ditanya sasaran kerusi yang akan diwakili Pakatan Harapan, Nik Nazmi memberi bayangan untuk memberi tumpuan di kawasan bandar dan beberapa faktor perlu diambil kira termasuk prestasi menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Itu antara gambaran kitalah dan macam Amanah mereka juga ada kekuatan dia dan BN ada kekuatan dia tapi kita akan bukan hanya itulah satu prestasi lama termasuk pada PRU15.
“Kita perlu tengok demografi dan sebagainya kerana kita tahu misalnya, Keadilan. Kita tahu parti pelbagai kaum contohnya kawasan di bandar yang lebih banyak bukan Melayu, jadi kita ada sedikit kelebihan. Itu antara pertimbangan yang kita ambil kira,” katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan kepimpinan di enam buah negeri untuk memulakan rundingan pengagihan kerusi bersama BN sebagai persediaan menjelang PRN.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Barisan Nasional
#Nik Nazmi
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan