awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Perikatan Nasional dijangka umum calon minggu depan

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2022
13:39 MYT
PRN Johor: Perikatan Nasional dijangka umum calon minggu depan
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peruntukan kerusi buat parti komponen PN yang bertanding turut akan dimuktamadkan tidak lama lagi. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) dijangka akan memuktamad dan mengumumkan senarai calonnya yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selewat-lewatnya minggu hadapan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peruntukan kerusi buat parti komponen PN yang bertanding turut akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Katanya, saringan dan penelitian rekod lampau setiap calon akan juga akan dibuat bagi memastikan kesemua mereka mempunyai rekod bersih.
Katanya, pengumuman rasmi senarai calon itu akan dibuat sebaik pihaknya mendapat maklum balas saringan daripada polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Kita sudah memastikan calon yang kita terima daripada semua parti komponen, cuma dari segi pemilihan siapa yang menjadi calon di setiap DUN itu akan kita teliti dari semua rekod.. seperti jenayah... atau sama ada mereka ada masalah dengan LHDN semua tu, kemudian baru kita umumkan secepat mungkin," katanya.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Beliau berkata demikian selepas melancar dan menyampaikan Kotak Bantuan Prihatin kepada golongan memerlukan di Bandar Baru Uda di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, terdapat dua hingga tiga calon yang dicadangkan bagi setiap kerusi dan ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PN dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Johor Memilih
#calon Perikatan Nasional
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan