awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Perlu dapatkan pandangan KKM dahulu - Hishammuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
17/01/2022
06:17 MYT
PRN Johor: Perlu dapatkan pandangan KKM dahulu - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, sekiranya perlu dilakukan PRN Johor, sudah menjadi kemestian agar SOP seperti di PRN Melaka, Sabah dan Sarawak dikenakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pihaknya perlu mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum sebarang keputusan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat.
Bagaimanapun, pihaknya bersedia untuk bertemu dengan kepimpinan negeri Johor jika sebarang keputusan dimuktamadkan.
"Kita mesti mendapat pandangan KKM, orang Johor akan tanya apa bezanya PRN Melaka dan PRN Sarawak sekiranya PRN Johor diteruskan, bukan untuk saya menentukan.
"Apabila ia diputuskan nanti, tugas saya menteri yang mengkoordinasikan COVID-19 diantara kementerian2. Saya akan bawa bersama kita kepada kepimpinan negeri Johor dan kita tunggu keputusan dulu," jelasnya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
BACA: PRN Johor: Ia akan terus menjadi tanda tanya - MB
BACA: PRN Johor: Keputusan UMNO bertanding solo hanya boleh diputuskan secara konsensus
Menurutnya, sekiranya perlu dilakukan PRN Johor, sudah menjadi kemestian agar prosedur operasi standard (SOP) seperti di PRN Melaka, Sabah dan Sarawak dikenakan.
BACA: 'PRN Johor mungkin picu kepada PRU15 tahun ini'
"Untuk COVID-19, jangan takut-takutkan orang ramai, yang penting sekiranya keputusan perlu diadakan PRN biarlah ia berjalan dengan selamat.
BACA: Pas sedia hadapi PRN Johor - Abdul Hadi
"Apa pengalaman kita di Sabah, Melaka dan Sarawak menjadi sandaran," tambahnya.
Terdahulu, spekulasi berhubung PRN Johor bertiup kencang selepas dakwaan pergolakan politik di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#khabar angin
#KKM
#SOP
#Hishammuddin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan