awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Manifesto Perpaduan Pulau Pinang dilancar 1 Ogos - Ketua Menteri

Bernama
Bernama
29/07/2023
10:11 MYT
PRN: Manifesto Perpaduan Pulau Pinang dilancar 1 Ogos - Ketua Menteri
Chow berkata buat kali pertama manifesto calon akan diperkenalkan sebagai manifesto perpaduan dan calon pula diperkenalkan sebagai calon perpaduan, susulan gabungan parti antara PH dan BN. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Manifesto Perpaduan Pulau Pinang yang merupakan manifesto gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PN), untuk Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) akan dilancarkan pada 1 Ogos di Butterworth Arena.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata manifesto tersebut akan menampilkan janji PRN, daripada input yang diperolehi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), sebagai satu pasukan.
"Kita juga akan menyentuh manifesto lepas, sejauh mana ia tercapai dan sekiranya (manifesto) tidak tercapai akan diteruskan dalam penggal ini," katanya ketika sidang media di Wisma DAP di sini hari ini.
Chow yang juga Ketua Menteri berkata buat kali pertama manifesto calon akan diperkenalkan sebagai manifesto perpaduan dan calon pula diperkenalkan sebagai calon perpaduan, susulan gabungan parti antara PH dan BN.
"Ini satu perkara yang istimewa, kerana sebelum ini tiada kerjasama di antara dua gabungan (PH dan BN) ini, jadi manifesto ini menunjukkan kesepakatan PH dan BN dalam menghadapi dan menawarkan manifesto dari perpaduan ini," katanya.
Selain permulaan gerakan pusat operasi dan kempen bagi 19 calon yang sah menjadi calon di sini, Chow juga berkata satu Jelajah Madani akan berlangsung di Pulau Pinang pada 5 Ogos ini.
Beliau berkata kempen tersebut, melibatkan penyertaan dari pimpinan perpaduan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan tertinggi bagi peringkat negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
#manifesto perpaduan
#PRN
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan