awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Manifesto PN di peringkat akhir - Radzi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/07/2023
05:07 MYT
PRN: Manifesto PN di peringkat akhir - Radzi
Mohd Radziberkata, manifesto yang bakal ditawarkan itu mendukung kepentingan semua segmen masyarakat selain menjelaskan mengenai hala tuju negara sekiranya gabungan itu menang dalam PRN itu nanti. - Gambar fail
SHAH ALAM: Manifetso yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kini berada di peringkat akhir untuk disiapkan.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, manifesto yang bakal ditawarkan itu mendukung kepentingan semua segmen masyarakat selain menjelaskan mengenai hala tuju negara sekiranya gabungan itu menang dalam PRN itu nanti .
"Manifesto disiapkan di peringkat negeri secara berasingan dan kita di peringkat Jawatankuasa Pusat hanya bertindak untuk menyelaraskan manifesto itu.
"Alhamdulillah semua negeri kini berada di peringkat akhir persiapan untuk tawaran-tawaran kita bagi PRN. Insya-Allah bila sampai masanya kita akan maklumkan," katanya pada sidang media Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 Create Better Malaysia di sini, pada Sabtu.
Majlis dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Manifesto PN untuk PRN enam negeri di peringkat akhir - Radzi
Sebelum ini, Pas mengumumkan manifesto yang menawarkan 10 tawaran kepada rakyat Terengganu sekiranya terus diberi mandat mentadbir negeri ini pada PRN berlangsung 12 Ogos depan.
Antara tawaran tersebut ialah rakyat negeri itu yang berkelayakan akan ditawarkan kemudahan pinjaman tanpa riba sehingga RM4,000 bagi pembelian motosikal.
Selain itu, kerajaan Terengganu juga menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 selain mewujudkan Tabung Geran Usahawan Belia sebanyak RM5 juta.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
#Manifesto
#PRN
#Mohd Radzi Md Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan