awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 'Calon Pas mesti berwibawa, bukan sekadar rakan berbual di kedai kopi' - Hadi Awang

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2021
15:45 MYT
PRN Melaka: 'Calon Pas mesti berwibawa, bukan sekadar rakan berbual di kedai kopi' - Hadi Awang
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dalam menghadapi pilihan raya, Pas perlu bersedia menjadi parti yang kuat dan kukuh. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pas akan memastikan semua calon yang diketengahkan dalam pilihan raya akan datang adalah individu yang berwibawa dan memenuhi semua sifat sebagai pemimpin.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kriteria itu penting bagi memastikan calon yang dipilih itu benar-benar layak.
"(Kriteria) ini penting yang kita mesti pilih. Kita hendak pilih calon bukan sahaja untuk menjadi rakan berbual di kedai kopi. Tetapi kita mahu calon yang turun padang termasuk calon yang mampu bergerak di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Ini penting supaya kita mampu memerintah negara dan negeri. Perkara ini mesti kita atur dan susun," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan yang dimuat naik di laman Facebook beliau pada Isnin.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dalam menghadapi pilihan raya, Pas perlu bersedia menjadi parti yang kuat dan kukuh.
"Parti yang kuat mestilah melalui tarbiah, kekuatan rohani, kekuatan jentera dan paling utama adalah pengurusan parti itu perlu kuat," ujarnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: 'Calon Pas mesti berwibawa, bukan sekadar rakan berbual di kedai
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#PAS
#Abdul Hadi Awang
#calon PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan