awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Kedudukan ketua pembangkang diiktiraf, terima manfaat setaraf Exco - PH

Bernama
Bernama
17/11/2021
07:19 MYT
PRN Melaka: Kedudukan ketua pembangkang diiktiraf, terima manfaat setaraf Exco - PH
Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti juga akan diberikan hak peruntukan tahunan saksama agar pencapaian pembangunan di negeri berkenaan lebih seimbang di antara kawasan.
MELAKA: Kedudukan Ketua Pembangkang akan diiktiraf sebagai Exco dan menerima pelbagai manfaat di bawah Pelan Tindakan Maju Bersama Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti itu diberikan mandat memerintah Melaka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka Datuk Halim Bachik berkata selain itu setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti juga akan diberikan hak peruntukan tahunan saksama agar pencapaian pembangunan di negeri berkenaan lebih seimbang di antara kawasan.
"PH komited untuk memastikan akauntabiliti dan integriti dalam pentadbiran dan setiap ADUN yang menang diwajibkan membuat pengisytiharan harta.
"Amalan tender terbuka akan dilaksanakan sebagai teras proses perolehan negeri. Amalan tender terbuka ini tidak akan menjejaskan agenda Bumiputera, sebaliknya membuka peluang sama rata dan adil kepada semua pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PH bertanding di kesemua 28 kerusi dengan PKR bertanding 11 kerusi DUN, lapan DAP dan sembilan Parti Amanah Negara (Amanah).
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Pakatan Harapan
#Halim Bachik
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan