awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Sulaiman, Ab Rauf mengundi di tempat bertanding, Mas Ermieyati luar kawasan

Bernama
Bernama
18/11/2021
21:22 MYT
PRN Melaka: Sulaiman, Ab Rauf mengundi di tempat bertanding, Mas Ermieyati luar kawasan
Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan seramai 495,195 pengundi berdaftar. - Gambar fail BERNAMA
MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini bakal menyaksikan pengoperasian 217 pusat mengundi di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 112 calon bertanding.
Antaranya, calon dan pembantu dihubungi Bernama berkata wakil Barisan Nasional (BN) di DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengundi di tempat sendiri iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pulau Tanjung Bidara manakala calon kerusi Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan memangkah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah.
Calon-calon lain pula akan mengundi di luar kawasan mereka bertanding.
Calon Ketua Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di DUN Tanjung Bidara akan mengundi SK Ramuan China Besar manakala Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen iaitu calon DUN Telok Mas akan mengundi di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.
Bagi calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Idris Haron yang bertanding kerusi DUN Asahan akan menunaikan tanggungjawabnya di SK Jenis Cina (SKJC) Lih Jen di Pokok Mangga manakala calon Bukit Katil, Adly Zahari akan mengundi di SK Durian Tunggal, Alor Gajah.
Muka baharu calon BN yang bertanding di Asahan, Fairul Nizam Roslan akan mengundi di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin di Kampung Pengkalan Alor Gajah
Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan seramai 495,195 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#Ketua Menteri
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan