awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Polis Terengganu terima 232 laporan, 10 kertas siasatan dibuka

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/08/2023
06:52 MYT
PRN: Polis Terengganu terima 232 laporan, 10 kertas siasatan dibuka
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas meninjau proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 232 laporan diterima polis berhubung kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan memberitahu, daripada jumlah itu polis membuka 10 kertas siasatan dengan tujuh kes sudah dirujuk kepada kepada Pengarah Pendakwa Negeri (PPN) untuk arahan lanjut manakala baki masih dalam siasatan.
"Kebanyakan kes ini melibatkan kesalahan khianat seperti membakar atau merosakkan bendera dan mencontengkan poster," katanya pada sidang media selepas lawatan ke pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, pada Selasa.
Tinjauan Astro AWANI mendapati pegawai dan anggota yang hadir untuk mengundi itu disediakan kerusi sementara menunggu giliran masing-masing.
Dalam pada itu Mazli memberitahu, polis meluluskan 470 permohonan permit untuk program parti.
"Kita meluluskan 310 permohonan daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (132 permohonan), Pakatan Harapan (10 permohonan) dan sembilan permohonan daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)," tambahnya.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengingatkan calon dan parti politik supaya tidak membuat sebarang provokasi yang melampau termasuk menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi Diraja.
"Kita juga meminta pemasangan bahan-bahan berkempen seperti bendera dan poster supaya dipasang sebaik-baiknya dan tidak menganggu atau membahayakan pengguna jalan raya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#laporan polis
#PRN Terengganu
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan