awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Rafizi kritik manifesto PN mahu selesai isu kos sara hidup

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2023
11:36 MYT
PRN: Rafizi kritik manifesto PN mahu selesai isu kos sara hidup
Rafizi berkata, Muhyiddin seolah-olah tidak menyedari bahawa kadar inflasi di Malaysia sudah pun turun selama enam bulan berturut-turut. - Gambar fail
SHAH ALAM : Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengkritik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN), tetapi tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana ia bakal dilaksanakan.
Menurutnya, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu seolah-olah tidak menyedari bahawa kadar inflasi di Malaysia sudah pun turun selama enam bulan berturut-turut.
“Komponen penting untuk mengawal harga barang adalah dengan menambah bekalan.
“Nak turunkan harga, perlu tambah bekalan. Tambah bekalan bukan macam petik lalang tepi jalan,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Ahad.
Baru-baru ini media tempatan melaporkan, Muhyiddin berkata, akan memberi tumpuan menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup termasuk isu lonjakan harga barang dan inflasi dalam manifesto PRN gabungan itu di enam negeri.
Menurutnya, antara fokus dalam kempen kali ini adalah masalah pekerjaan, pendapatan rakyat yang masih rendah, kesihatan, pendidikan, perumahan, isu perubahan iklim, alam sekitar dan infrastruktur.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, pengenalan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Perpaduan baru-baru ini bagi melipatgandakan infrastruktur dan kemudahan pertanian moden untuk membantu meningkatkan ekonomi.
Tambahnya, inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan penglibatan anak-anak muda dalam industri pertanian moden.
“Kerajaan terdahulu ada laksanakan apa-apa untuk turunkan harga barang? Tidak ada. Sebab tidak menarik.
“Nak libatkan rakyat dalam industri tani moden bukan mudah, tapi kita mesti laksanakan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Rafizi Ramli
#Muhyiddin Yassin
#manifesto PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan