awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus

Bernama
Bernama
30/04/2023
08:43 MYT
PRN: Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus
Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada enam negeri terbabit berhubung perkara itu sebelum ia dimuktamadkan di peringkat pusat. - Gambar fail/BERNAMA
LENGGONG: Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kini hampir 50 peratus selesai.
Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada enam negeri terbabit berhubung perkara itu sebelum ia dimuktamadkan di peringkat pusat.
"Saya fikir sudah hampir 50 peratus (perbincangan) cuma buat waktu ini kita sedang perhalusi perkara berkaitan pertukaran kerusi dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Perak di Arena Amanjaya Lawin di sini hari ini.
Beliau berkata jentera parti di pelbagai peringkat terutama di negeri-negeri yang tidak terlibat dengan PRN akan dikerah khususnya bagi membantu PN mengekalkan kemenangan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Sebelum ini, media melaporkan PRN membabitkan negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka dilangsungkan serentak Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rundingan kerusi PN
#PRN
#pilihan raya negeri
#Naib Presiden Pas Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan