awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Gabungan UMNO, MCA miliki kekuatan tersendiri - Bung Moktar

Bernama
Bernama
21/10/2025
10:46 MYT
PRN Sabah: Gabungan UMNO, MCA miliki kekuatan tersendiri - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, MCA mempunyai kekuatan tersendiri di kawasan bandar manakala UMNO di luar bandar menjadikan gabungan itu tulang belakang kestabilan politik negara. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Gabungan pengalaman dan keupayaan UMNO serta MCA amat penting dalam memastikan Sabah terus berkembang maju dalam suasana politik yang stabil dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata MCA mempunyai kekuatan tersendiri di kawasan bandar manakala UMNO di luar bandar menjadikan gabungan itu tulang belakang kestabilan politik negara.
"Barisan Nasional (BN) Sabah akan terus membuka ruang perbincangan strategik dengan rakan komponen bagi memastikan pendekatan kita menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat, bukan kepentingan individu atau kelompok tertentu.
"Kestabilan bukan sekadar slogan (sebaliknya) ia tanggungjawab dan keikhlasan untuk membina masa depan Sabah yang lebih baik bersama-sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan itu, Bung Moktar memaklumkan telah menerima kunjungan hormat Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serta membincangkan hala tuju BN menjelang PRN Sabah ke-17.
Beliau berkata pertemuan itu akan terus memperkukuh komitmen BN untuk kekal sebagai gabungan politik yang matang, tersusun dan berprinsip.
"Walaupun landskap politik Sabah sering berubah dan mencabar, semangat kerjasama antara parti komponen BN kekal utuh berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab bersama-sama terhadap rakyat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#UMNO - MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan