awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar

Bernama
Bernama
17/05/2024
15:43 MYT
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
BUNG MOKTAR: Mengikut keadaan politik semasa termasuk di Sabah, kita tidak boleh bergerak secara solo sebab kita sudah melalui pilihan raya demi pilihan raya. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO negeri perlu mengambil pendekatan itu kerana berpendapat tidak ada mana-mana parti di Negeri Di Bawah Bayu yang mampu bergerak secara solo pada PRN akan datang berdasarkan landskap politik semasa.
"Mengikut keadaan politik semasa termasuk di Sabah, kita tidak boleh bergerak secara solo sebab kita sudah melalui pilihan raya demi pilihan raya. Jadi kita kena ada gagasan, gabungan baharu.
"Rakyat sudah tidak boleh menerima parti tunggal, pengundi-pengundi muda melihat bagaimana parti-parti di Sabah. UMNO sudah memerintah, Warisan sudah, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) sudah, STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) sudah, PBS (Parti Bersatu Sabah) sudah, jadi pembangkang pun sudah.
"Itu juga parti-parti yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Rakyat sudah boleh menilai... jadi biar rakyat menilai tapi kita merasakan perlu ada satu gagasan baharu untuk menstabilkan politik di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI di sini hari ini.
Bagaimanapun, Bung Moktar berkata gagasan atau gabungan baharu antara UMNO dan parti lain akan diperhalusi terlebih dahulu manakala nama serta pembentukan akan dimaklum apabila tiba masa yang sesuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#UMNO
#Gagasan
#Bung Moktar Radin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan