awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Bersatu bincang dengan PN, GPS atur strategi, persiapan - Hamzah

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
25/11/2021
15:55 MYT
PRN Sarawak: Bersatu bincang dengan PN, GPS atur strategi, persiapan - Hamzah
Hamzah berkata, perbincangan itu bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi PRN Sarawak serta pilihan raya umum (PRU) akan datang. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan malam ini berkata, ia bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi PRN Sarawak serta pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Bersatu telah memutuskan untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama parti-parti komponen dalam PN dan GPS bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi PRN Sarawak 2021.
“Ia sekali gus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya memberitahu keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dipengerusikan oleh presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Khamis.
Dalam pada itu, katanya Bersatu turut memutuskan untuk mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu ke-5 pada bulan depan secara fizikal.
“Ia akan diadakan pada 18 dan 19 Disember 2021 di PICC, Putrajaya yang bakal dihadiri oleh 1,600 perwakilan dari seluruh negara secara fizikal,” jelas Hamzah.
Sementara itu, katanya Mesyuarat Khas MPT itu juga telah memperakukan dan menerima permohonan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga merupakan ADUN Segama, Datuk Mohammadin Ketapi sebagai ahli Bersatu yang baharu.
“Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, malah akan memberikan manfaat yang besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN yang beliau wakili,” ujarnya.
Berhubung kekalahan dalam PRN Melaka, katanya Bersatu telah mengenal pasti kelemahan dan akan mengambil langkah penambahbaikan dengan segera.
Jelasnya, keputusan PRN itu bagaimanapun membuktikan bahawa PN adalah parti yang mempunyai pengaruh serta sokongan yang kukuh dalam kalangan pengundi Melaka.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Bersatu
#Hamzah Zainudin
#GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan