awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Dudong kawasan paling 'panas' dengan pertembungan lapan penjuru

Bernama
Bernama
07/12/2021
01:26 MYT
PRN Sarawak: Dudong kawasan paling 'panas' dengan pertembungan lapan penjuru
Calon-calon yang akan bertanding kerusi DUN Dudong pada PRN Sarawak ke-12 menyerahkan borang percalonan di Perpustakaan Awang Sibu Jaya, Sibu, semalam. Dari kiri, Wong, Jane Lau, Fadhil, Julius, Paul, Josephine Lau, Tiong dan Engga. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Pertembungan lapan penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menjadikan ia medan pertarungan paling 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Selepas proses penamaan semalam, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing, yang pertama kali bertanding di peringkat DUN, bakal berdepan lawan daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Wong Hie Ping; Jane Lau Sung Yee mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK), Julius Enchana Jasper Ancho mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB); Paul Ling Fong (DAP) dan Josephine Lau Kiew Peng daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).
Turut berentap melawan Tiong, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu, ialah dua calon Bebas iaitu Fadhil Mohamad Isa dan Engga Unchat.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ghani Salleh dalam sidang media mengumumkan hanya satu DUN menyaksikan pertarungan lapan penjuru.
SPR telah menerima dan mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan calon yang layak bertanding pada PRN kali ini.
PRN Sarawak | DUN Dudong saksikan pertembungan terbanyak
Pertandingan empat penjuru merupakan saingan paling banyak pada edisi PRN kali ini melibatkan 33 DUN manakala saingan lima penjuru berlaku di 24 DUN, tiga penjuru (13 DUN), enam penjuru (7) dan pertembungan satu lawan satu di empat DUN.
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Pengerusi GPS, ditentang tiga muka baharu dalam pertandingan empat penjuru di Gedong manakala Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian terlibat dalam saingan empat penjuru di Batu Kawah.
Turut berentap dalam pertandingan empat penjuru di Padungan ialah Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen manakala Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Presiden PBK Voon Lee Shan (Batu Lintang) berdepan pertarungan lima penjuru.
Bagi kawasan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu, tiga daripada empat DUN membabitkan calon GPS dan PSB iaitu Pantai Damai, Layar dan Tamin manakala di Dalat merupakan pertarungan antara GPS dan PBK.
Tempoh berkempen bagi PRN Sarawak bermula semalam hingga 11.59 malam 17 Dis manakala pengundian awal akan berlangsung pada 14 Dis dan hari pengundian biasa pada 18 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#PRN Sarawak
#DUN Dudong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan