awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: GPS kenal pasti calon, bakal umum tidak lama lagi - Abang Jo

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
05/11/2021
02:08 MYT
PRN Sarawak: GPS kenal pasti calon, bakal umum tidak lama lagi - Abang Jo
Abang Johari mengesahkan GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN dengan pembahagian kerusi di antara parti komponen GPS masih dalam proses perbincangan. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengenal pasti calon yang akan bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu akan diumumkan kelak.
“Semua kami (pemimpin parti komponen) ada di sini ... tunggu,” katanya pada sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen, kata Abang Johari tidak perlu tergesa-gesa untuk mengumumkan perkara itu.
“Setakat ini perkara itu (pembahagian kerusi) telah dibincangkan.
“Bila akan umum? Nanti kita akan umumkan.
"DUN baru dibubarkan, jangan tergesa-gesa, ada orang kata jangan tergesa-gesa adakan pilihan raya,” ujarnya.
DUN Sarawak terbubar secara rasminya pada 3 November lalu setelah Yang di-Pertuan Agong berkenan menamatkan Proklamasi Darurat di Sarawak.
Ia sekali gus membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari sebaik perintah darurat di negeri itu diungkai.
Darurat di Sarawak sepatutnya tamat pada 2 Februari depan, namun ia diungkai lebih awal selepas Seri Paduka Baginda berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 (Sarawak).
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#GPS
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan