awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Lima ADUN di bahagian Miri kekal bertanding

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
24/11/2021
15:05 MYT
PRN Sarawak: Lima ADUN di bahagian Miri kekal bertanding
Kata Abang Johari, kesemua mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat.
MIRI: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan lima penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bahagian Miri akan kekal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang akan datang.
Ketua Menteri Sarawak itu mendedahkan kelima-lima penyandang itu ialah Datuk Seri Lee Kim Shin (Senadin-SUPP), Datuk Sebastian Ting Chiew Yiew (Piasau-SUPP), Datuk Rosey Yunus (Bekenu-PBB), Ripin Lamat (Lambir-PBB) dan Datuk Penguang Manggil (Marudi-PBB).
Katanya, kesemua mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat.
“Pentadbiran saya (GPS) adalah sebuah kerajaan yang terbukti berkesan kerana saya ada pasukan yang baik, dan di Miri kita ada pasukan dari Senadin, Piasau, Marudi, Lambir, dan Bekenu yang kita akan kekalkan.
“Kita berharap pasukan ini akan dapat membantu menyokong pasukan GPS dan penyandang dari semua kawasan ini telah menunjukkan hasil yang cemeRlang serta bekerja keras sepanjang berkhidmat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Pemimpin bersama rakyat di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau juga berharap GPS akan dapat menawan kerusi DUN Pujut yang bakal menghadiahkan parti itu seorang lagi pejuang untuk bersama-sama kerajaan negeri membangunkan Miri.
“Cuma ada satu ada kawasan iaitu di DUN Pujut yang bukan di bawah GPS, kita alu-alukan kepada masyarakat di Pujut untuk sama ada mahu atau tidak berada dalam satu pasukan bersama kita,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Abang Johari lima calon DUN
#ADUN kekal bertanding
#Miri kubu kuat GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan