awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Penubuhan KESA bahagian Kapit bantu cungkil bakat belia dalam e-sukan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
13/11/2021
07:13 MYT
PRN Sarawak: Penubuhan KESA bahagian Kapit bantu cungkil bakat belia dalam e-sukan
Douglas Chupong Jefferson berkata, salah satu langkah yang dirancang pasukannya adalah mengesan bakat-bakat terpendam di bahagian pedalaman. - Astro AWANI
KAPIT: Penubuhan Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Kapit (KESA) merupakan satu inisiatif memperkasa penglibatan belia dalam bidang berasaskan teknologi.
Menurut Presidennya, Douglas Chupong Jefferson, ia juga sebagai usaha membolehkan belia di bahagian itu membina strategi bagi memperoleh pendapatan melalui bidang tersebut.
“Penubuhan ini sememangnya akan membantu golongan belia di sini sekali gus akan mampu mengesan bakat dan potensi mereka dalam arena ini.
“Selain itu, penubuhan ini relevan kerana ada peminatnya tersendiri di sini dan mana tahu kita akan mampu menggilap bakat mereka dan membuka laluan untuk mereka pergi lebih jauh,” katanya.
Douglas berkata demikian menerusi slot Buletin AWANI pada Sabtu.
PRN Sarawak | Memperkasa sukan elektronik di Kapit
Pada masa sama ujarnya, pihaknya kini sedang giat mengesan bakat-bakat di kawasan pedalaman bagi memastikan setiap belia berpotensi akan diberi ruang sebaiknya untuk lebih maju dalam bidang sukan elektronik.
“Salah satu langkah yang dirancang pasukan saya adalah mengesan bakat-bakat terpendam di bahagian pedalaman.
“Selepas itu kita akan menganjurkan pertandingan dan daripada situ kita akan mengenal pasti potensi belia-belia terlibat.
“Sekiranya mereka boleh beraksi dengan baik, pastinya kita akan menyediakan platform terbaik bagi terus memperkukuh bakat yang ada ini,” tambahnya.
Tambahnya, pelancaran ini juga sebahagian komitmen Kerajaan Negeri Sarawak bagi memperkasa sukan elektronik di negeri itu.
Ini dibuktikan dengan penyaluran dana bagi penganjuran pertandingan dan menyediakan bengkel bagi membangunkan bakat baharu di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sarawak.
KESA bahagian Kapit dilancarkan pada Sabtu oleh penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyai.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#e-sukan
#bakat tempatan
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan