awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula

Assim Hassan
Assim Hassan
18/12/2021
09:19 MYT
PRN Sarawak: Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula
Beberapa saluran di pedalaman ditutup lebih awal berikutan bilangan pengundi yang kecil. - Bernama
KUCHING: Kesemua 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak, ditutup tepat jam 5 petang tadi.
Namun, beberapa saluran di pedalaman ditutup lebih awal berikutan bilangan pengundi yang kecil.
Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 52 peratus daripada 1,213,769 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab itu, setakat jam 3 petang.
Sebelum ini, SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi ialah 70 peratus.
Bagi PRN12 Sarawak kali ini, sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding membabitkan seramai 349 calon mewakili 10 parti, selain 30 calon Bebas.
Proses pengiraan undi bermula sejurus ia dibawa ke pusat penjumlahan undi.
Keputusan pertama dijangka diketahui seawal jam 6 petang ini, dengan SPR menjangka proses penjumlahan selesai kira-kira jam 10 malam.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November 2021 dan PRN12 perlu diadakan bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Sebelum ini, SPR mengumumkan bahawa sebanyak RM150 juta diguna untuk mengendalikan proses pilihan raya berkenaan.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Sarawak Memilih
#pusat mengundi
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan