awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Semua calon PN lepas tapisan empat agensi - Muhyiddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/07/2023
15:50 MYT
PRN: Semua calon PN lepas tapisan empat agensi - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua calon PN yang bertanding pada PRN kali ini telah disaring dan keputusan dibuat oleh sebuah jawatankuasa berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. - Gambar/ Shahir Omar
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
Daripada jumlah tersebut, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan seramai 31 calon, sementara Pas dan Gerakan masing-masing 17 dan lapan kerusi.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua calon PN yang bertanding pada PRN kali ini telah disaring dan keputusan dibuat oleh sebuah jawatankuasa berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
"Calon yang saya umumkan ini telah melepas beberapa saringan utama pertama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan keempat Jabatan Insolvensi.
"Semua yang namanya dibaca ini melepasi saringan yang saya sebutkan tadi. Alhamdulillah," katanya pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Selangor di Taman Medan, pada Rabu malam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Julai sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos dan Hari Mengundi pada 12 Ogos depan.
BERITA LANJUT MENYUSUL...
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Selangor
#Muhyiddin Yassin
#tapisan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan