awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 75 peratus angka keluar mengundi sudah cukup baik - Ahmad Maslan

Israr Khalid
Israr Khalid
19/10/2022
01:20 MYT
PRU15: 75 peratus angka keluar mengundi sudah cukup baik - Ahmad Maslan
AHMAD MASLAN: Kalau hujan, pakailah payung. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meramalkan peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti adalah sekitar 75 peratus.
Angka itu, katanya, sudah cukup baik untuk mencerminkan proses demokrasi yang berkesan daripada jumlah pengundi yang lebih ramai berbanding PRU sebelum ini pada 2018.
PRU15 bakal menyaksikan sekitar 21 juta pemilih berdaftar layak mengundi, peningkatan hampir sekali ganda daripada jumlah pengundi pada PRU14 dan daripada jumlah itu, jelas beliau, masih ramai yang tak ambil peduli.
“Mereka jenis tak kisah apa berlaku di kiri dan kanan mereka, mungkin malas nak ambil bahagian dalam proses demokrasi jadi saya ramalkan secara peribadi mungkin yang keluar mengundi adalah 75 peratus.
“Mereka yang tak keluar mengundi itu secara tak langsung telah menyerahkan hasrat mereka itu kepada mereka yang keluar mengundi - walaupun itu tidaklah yang setepatnya - tapi kalau mereka tak keluar, itulah yang boleh disangkakan.”
Ujarnya, tiada yang menghalang rakyat untuk keluar mengundi dalam keadaan negara yang aman serta fenomena alam yang dirasakannya masih boleh didepani untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.
“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.
“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi.”
PRU15: 75 peratus angka keluar mengundi sudah cukup baik - Ahmad Maslan
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Malaysia Memilih
#PRU15
#pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan