awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ali Biju sertai PDP?

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
17/10/2022
08:03 MYT
PRU15: Ali Biju sertai PDP?
Bagaimanapun sejauhmana kebenaran hantaran tersebut, berhubung status Ali Biju yang diketahui berdiri di bawah panji Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
KUCHING: Nama penyandang Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju hangat diperkatakan menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) tatkala Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hampir.
Menerusi satu posting di Facebook - Sarawak Dayak Community (SDC) pada Isnin, Ali dikatakan menyertai parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Namun tidak akan dinamakan sebagai calon bagi mempertahankan kerusi yang disandangnya sebelum ini.
Bagaimanapun sejauhmana kebenaran hantaran tersebut, berhubung status Ali Biju yang diketahui berdiri di bawah panji Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut sumber rapat dengan Ali Biju, ia merupakan dakwaan palsu yang bertujuan mencari perhatian umum.
“Ia tidak benar, beliau (Ali Biju) masih dengan Bersatu, hantaran di media sosial itu tidak betul. Kita tidak perlu layan propaganda seperti itu,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Dalam hantaran itu turut menyatakan penyertaan penyandang Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Namun PBB katanya tidak akan mencalonkan Willie di Puncak Borneo sebaliknya menamakan Datuk Roland Sagah Wee Inn.
Manakala PDP akan mencalonkan Giendam Jonathan di Saratok pada PRU15.
Bagi mendapatkan kesahihan dakwaan itu, Astro AWANI telah mendapatkan maklum balas wakil daripada PDP.
Menurut sumber, Pemuda PDP akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
“Tak ada. Ketua Pemuda PDP akan mengeluarkan kenyataan kelak,” katanya sumber itu secara ringkas ketika dihubungi menerusi Whatsapp hari ini.
Topic Berkaitan
#ali biju
#PRU15
#Malaysia Memilih
#politik sarawak
#Kerusi Saratok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan