awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Annuar, Noh turun padang berkempen untuk Khairy

Bernama
Bernama
08/11/2022
09:55 MYT
PRU15: Annuar, Noh turun padang berkempen untuk Khairy
Annuar Musa (kanan) menyerahkan Peranti Komuniti kepada wakil pusat komuniti Siti Sarah Hazamrus pada program Hari Bersama Komuniti di Felda Bukit Cerakah hari ini. Hadir sama Noh Omar (dua dari kanan). - Gambar BERNAMA
SUNGAI BULOH: Bahang berkempen Pilihan Raya ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Sungai Buloh semakin terasa apabila Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, hari ini turut turun padang berkempen dan memberi sokongan kepada calon BN, Khairy Jamaluddin.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu hadir pada Program Penyampaian Peranti Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Taman Saujana Utama sebelum disertai oleh Khairy dalam satu program bertemu orang ramai di Central Mart, di sini.
Berucap selepas menyampaikan peranti komuniti kepada wakil-wakil komuniti setempat, Annuar berkata, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Khairy kerana prestasi cemerlang yang direkodkan beliau dalam setiap porfolio yang dipegangnya, sebelum ini.
"Negara kita terutamanya penduduk di kawasan Parlimen Sungai Buloh khasnya memerlukan pemimpin yang berkualiti namun, jangan dilupa, personaliti seseorang calon itu.
"Calon kali ini (Khairy) sudah terbukti beberapa kali orang yang boleh buat kerja, berprestasi sebagai pemimpin di peringkat tempatan dan di peringkat dunia. Bagi portfolio apa sekalipun, dia boleh dikendalikan dengan baik," katanya.
Beliau berkata, personaliti dan prestasi Khairy selain keberaniannya bertanding di kawasan 'hitam' itu membuktikan Menteri Kesihatan itu mampu menggalas amanah sebagai wakil rakyat di situ.
"Tidak banyak menteri terjun ke kawasan di mana kalah majoriti puluhan ribu. Tapi benih yang baik dicampak ke laut bakal menjadi pulau," kata Annuar.
Bagaimanapun, Annuar dan Noh yang tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada pilihan raya kali ini, tidak menghalang mereka daripada membantu jentera BN dan rakan yang bertanding sepanjang tempoh berkempen PRU15 ini.
Khairy bakal berdepan enam pencabar di Parlimen Sungai Buloh iaitu Datuk R. Ramanan (Pakatan Harapan), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusof (Gerakan Tanah Air) dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) serta dua lagi calon bebas Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#senarai calon BN PRU15
#Khairy Jamaluddin
#Parlimen Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan