awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bilik gerakan BN Arau akan dibuka semula

Bernama
Bernama
07/11/2022
01:45 MYT
PRU15: Bilik gerakan BN Arau akan dibuka semula
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.003 - Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman (tengah) ketika tiba di Pusat Penamaan Calon Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi mengemukakan kertas penamaan calon. - Foto BERNAMA
ARAU: Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Arau akan dibuka semula dalam masa terdekat setelah ditutup pada 1 Nov lepas, setelah penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengarahkan supaya ia ditutup apabila namanya tidak tercalon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon BN bagi Parlimen Arau Datuk Rozabil Abd Rahman berkata ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu agar bilik gerakan tersebut dibuka semula.
"Berdasarkan sambutan yang diterima semasa sesi bertemu pengundi dalam masa dua tiga hari ini, ramai yang meminta agar saya membuka semula bilik gerakan BN di Arau ini dan hanya sebilangan kecil yang menolak," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Rozabil berkata beliau yakin ramai yang masih menyokong dan setia kepada parti walaupun mereka keliru pada peringkat awal setelah Shahidan mengumumkan untuk terus kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Arau, atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Calon Pakatan Harapan Fathin Amelina Fazlie turut mengumumkan bertanding bagi merebut kerusi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#bilik gerakan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan