awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: DAP timbang ambil alih kerusi Bersatu di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/09/2022
13:26 MYT
PRU15: DAP timbang ambil alih kerusi Bersatu di Pulau Pinang
Anthony Loke berkata, pertambahan kerusi itu adalah disebabkan faktor perbezaan jumlah parti komponen Pakatan Harapan (PH) berbanding sebelum ini. - Gambar fail
GEORGE TOWN: DAP mempertimbangkan bertanding lebih 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pertambahan kerusi itu adalah disebabkan faktor perbezaan jumlah parti komponen Pakatan Harapan (PH) berbanding sebelum ini.
Katanya,meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi ditandingi belum selesai, beliau mengesahkan ada pertambahan kerusi yang bakal ditandingi dengan mengambil alih kerusi ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14.
"Sudah tertentu ada perbezaan sebab parti komponen sudah berbeza, jadi sudah tentu ada perbezaan (dari segi tambahan kerusi).
"Sudah tentu kita membincangkan mengenai pertambahan kerusi untuk ditandingi. DAP selama ini kita bertanding hanya 19 daripada 40 kerusi, tetapi ada juga kemungkinan kita nak membincangkan pertambahan kerusi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya DAP Pulau Pinang di Komtar, di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan juga Veteran DAP, Lim Kit Siang.
Mengulas mengenai calon muka baharu, Loke berkata, setakat ini kepimpinan negeri belum mengemukakan senarai calon dan keputusan mengenai calon hanya akan diputuskan selepas Parlimen dibubarkan.
Katanya, calon muka baharu adalah lumrah dalam setiap pilihan raya namun yang penting adalah DAP mahu menguatkan jentera demi mengekalkan kemenangan 100 peratus di semua kerusi ditandingi DAP yang sudah tiga penggal memegang tampuk kepimpinan di negeri itu .
Mengulas mengenai persiapan jentera pilihan raya, Loke berkata, secara keseluruhannya jentera DAP seluruh negara sudah bersiap sedia menghadapi PRU15.
Topic Berkaitan
#PRU15
#DAP
#pulau pinang
#Anthony Loke Siew Fook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan