awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: GTA bertanding semua 13 kerusi Parlimen majoriti Melayu di Pahang

Azee Shafy
Azee Shafy
16/10/2022
01:45 MYT
PRU15: GTA bertanding semua 13 kerusi Parlimen majoriti Melayu di Pahang
Dr Mahathir bercakap kepada media selepas Program Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Pahang, di Dataran Tok Gajah, di Temerloh malam tadi. - Astro AWANI
TEMERLOH: Gerakan Tanah Air (GTA) menyatakan pendirian meletakkan calon mereka di kesemua 13 kerusi Melayu kawasan Parlimen di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, GTA masih dalam peringkat rundingan berkaitan calon-calon yang bersesuaian bagi setiap kerusi Parlimen itu, termasuk Parlimen Bentong.
Katanya, calon-calon itu termasuk calon dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama GTA pada PRU kali ini.
"Kita (GTA) akan bertanding di kerusi Melayu, Parlimen Melayu di Pahang. Kalau ada yang nak bertanding di kerusi bukan Melayu, calon bukan Melayu yang akan bertanding.
"Dari segi pembahagian kerusi, ini juga termasuk NGO-NGO, terpulang kepada mereka untuk kemukakan calon. Tetapi sudah tentu, kita yang akan pilih calon yang bersesuaian," katanya selepas Program Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Pahang, di Dataran Tok Gajah, di sini, semalam.
Dr Mahathir berkata, bagi NGO yang ingin kemukakan calon, mereka perlu bersidang antara mereka, dan memilih siapa yang akan menjadi calon pilihanraya mewakili mereka.
Ujarnya, kaedah yang sama digunakan bagi menentukan calon bagi kerusi Parlimen lain di seluruh negara, namun GTA akan menentukan hanya ada satu calon sahaja yang akan bertanding bagi setiap kerusi.
Bercakap mengenai kerjasama dari parti politik lain, Dr Mahathir menegaskan GTA sedia bekerjasama sekiranya parti terbabit bersetuju untuk berpegang kepada dasar perjuangan GTA.
"Kita sedia kerjasama tetapi bukan sebagai gabungan. Kalau kita (GTA) bertanding di kawasan itu, mereka tidak akan bertanding. Begitu juga sebaliknya," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mengakui menghadapi masalah untuk meraih sokongan pengundi muda kerana kebanyakan mereka tidak berminat mendalami berkenaan politik negara dan hanya mengundi mengikut ibu bapa mereka sahaja.
"Tetapi, selepas kita jumpa dengan orang muda dan kita menjelaskan perjuangan kita, mereka semakin jelas mengenai hala tuju perjuangan GTA.
"Dan pentingnya GTA mendapat kemenangan dalam PRU akan datang ini kerana dasar kita yang akan memperjuangkan orang Melayu," katanya.
Topic Berkaitan
#GTA
#PRU15
#bubar parlimen
#kerusi Parlimen majoriti Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan