awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ismail Sabri calon PM BN. Muktamad - KJ

Israr Khalid
Israr Khalid
18/11/2022
00:15 MYT
PRU15: Ismail Sabri calon PM BN. Muktamad - KJ
KHAIRY: Kemampuan Ismail Sabri mentadbir negara tidak wajar diperlekehkan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketetapan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah muktamad dan pasti.
Tegas calon Barisan Nasional (BN) P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, perkara tersebut masih menjadi pertikaian kerana dimainkan pihak lawan untuk mengelirukan rakyat supaya tidak memilih BN yang didakwa akan sebaliknya mengangkat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu katanya menjadi naratif Pakatan Harapan (PH) dalam kempen mereka ketika ini untuk mematahkan sokongan terhadap BN.
“Mereka dah tak cakap lagi pasal perancangan dan manifesto, dia datang kepada satu naratif sahaja iaitu undi BN adalah undi Zahid Hamidi sebagai PM.
“Saya rasa beliau (Zahid) pun faham oleh kerana beliau masih lagi berdepan dengan kes di mahkamah dan sebagainya, beliau tidak dicalonkan dan tak dipertimbangkan sebagai calon PM,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa Ismail Sabri sememangnya layak untuk diangkat menjadi PM ke-10 berdasarkan prestasi cemerlangnya walaupun hanya setahun lebih memimpin negara selepas mengambil alih daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata Khairy, Ismail Sabri telah membawa beberapa perubahan penting seperti Akta Antilompat Parti, pindaan Perlembagaan untuk wilayah Sabah dan Sarawak, mengemudi negara keluar dari pandemik dan mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan pada 14.3 peratus pada suku ketiga tahun ini.
Maka ujarnya, Ismail Sabri tidak wajar diperlekehkan keupayaannya untuk menjadi PM yang seterusnya.
“Datuk Seri Ismail Sabri bukan PM “Shopee” yang barang dipesan dengan yang diterima lain.
“Barang pesan Ismail Sabri sebagai PM, barang sampai Ismail Sabri sebagai PM. “Full stop, end,” katanya.
PRU15: Ismail Sabri calon PM BN Muktamad - KJ
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#PRU15
#Khairy Jamaluddin
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan