awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ismail Sabri pesan pengundi awal buat pilihan tepat

Bernama
Bernama
14/11/2022
23:30 MYT
PRU15: Ismail Sabri pesan pengundi awal buat pilihan tepat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) berucap pada Majlis Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor sempena PRU15. - Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpesan kepada semua pengundi awal yang mengundi esok supaya membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memilih kerajaan yang dapat membawa kestabilan.
Beliau berkata tempoh mentadbir negara selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kegagalan pihak pembangkang dalam mentadbir negara.
"Apa yang jelas mereka (PH) gagal melaksanakan apa yang mereka bentangkan sebelum PRU, akhirnya manifesto tidak dapat mereka laksanakan.
"Pesanan saya bahawa pengundi awal perlu membuat pilihan tepat dalam memilih calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Saya harap mereka tidak tersilap dalam memilih, pilihlah parti yang boleh membawa kestabilan.
Cukuplah sekali dulu kita dah cuba dan ramai rakyat merasakan bahawa kalau ada parti baharu mungkin boleh bawa perubahan tetapi ternyata lebih buruk dan akhirnya memusnahkan segala yang kita rancang," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika hadir program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, dekat sini yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata anak muda di Kuala Selangor perlu membantu BN memenangi kerusi Parlimen itu bagi memastikan segala perkara yang dirancang dalam Bajet 2023 dapat direalisasikan terutamanya inisiatif untuk golongan berkenaan.
"Kita umum macam-macam untuk anak muda...termasuk bantuan e-dompet, bukan RM30 tapi RM200," katanya.
Beliau berkata manifesto BN di Kuala Selangor juga menjanjikan penyediaan hab belia untuk golongan itu melakukan aktiviti sihat selain memastikan kawasan berkenaan mendapat liputan rangkaian 4G dan 5G.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PRU15
#Malaysia Memilih
#pengundi awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan