awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jika BN menang, tumpuan akan diberikan kepada rakyat Sabah, Sarawak - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
15/11/2022
14:45 MYT
PRU15: Jika BN menang, tumpuan akan diberikan kepada rakyat Sabah, Sarawak - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berjanji akan meneruskan usaha menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo termasuk memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan penduduk di luar bandar. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bajet 2023 memberi banyak kelebihan kepada Sabah dan Sarawak terutama untuk tujuan pembangunan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berjanji akan meneruskan usaha menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo termasuk memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan penduduk di luar bandar.
“Ini termasuk sekolah daif yang menjadi isu amat dekat di hati rakyat Sabah dan Sarawak.
“Klinik-klinik desa yang terletak jauh lokasinya dan begitu daif sekali. Saya melihat sendiri video klinik desa, begitu menyedihkan dan perkara ini akan diberikan fokus,” katanya dalam program Bual Bicara Khas Bersama Perdana Menteri: Kestabilan & Kemakmuran, yang disiarkan malam ini.
Dalam masa sama, Ismail Sabri menafikan dakwaan negeri Sabah dan Sarawak tidak menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kalau ada dakwaan kita tidak beri fokus atau tumpuan kepada Sabah dan Sarawak, itu adalah satu perkara yang tidak benar kerana kita akan terus memberikan perhatian kepada kedua-dua negeri itu bagi memastikan segala kemudahan dan keperluan disediakan untuk rakyat di sana,” katanya.
Tambah Perdana Menteri, usaha termasuk pelaksanaan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk capaian internet dan banyak lagi diusahakan untuk penduduk Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Bajet 2023
#Lebuhraya Pan Borneo
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan