awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jika menang lebih 15 kerusi, Warisan akan bincang dengan GPS - Shafie

Petrus Bernard
Petrus Bernard
19/11/2022
06:52 MYT
PRU15: Jika menang lebih 15 kerusi, Warisan akan bincang dengan GPS - Shafie
Menurutnya, hal ini bagi membolehkan usaha mewujudkan blok borneo seperti yang disuarakan antara kedua-dua pihak.
SEMPORNA: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menghubungi rakan pemimpin di Sarawak sekiranya parti itu memenangi lebih 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurutnya, hal ini bagi membolehkan usaha mewujudkan blok borneo seperti yang disuarakan antara kedua-dua pihak.
"Pertama saya akan berhubung dengan rakan saya iaitu dari Sarawak, seperti apa yang kita telah disuarakan antara kedua dua pihak.
"Apabila kita bangkitkan suara Sarawak mahupun Sabah kita tidak memikirkan Malaysia. Sebaliknya cinta kepada negara Malaysia masih kental, kuat. (Atas dasar) sayang kepada Malaysia ini," katanya selepas membuang undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul, Semporna.
Mohd Shafie Apdal membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul, Semporna pada pukul 8.15 pagi
Beliau yang juga calon Warisan bagi Parlimen Semporna sempat beramah mesra dengan para pengundi yang hadir sebelum membuang undi bagi kerusi Parlimen Semporna dan DUN Bugaya di Bilik pembuangan Undi melalui Saluran 1.
Malah, proses pembuangan undi di pusat mengundi SK Bubul, Semporna bagi Parlimen Semporna dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai sejak awal pagi ini.
Parlimen Semporna mempunyai 34 pusat mengundi dengan 137 saluran pembuangan undi dengan kekuatan 1,140 petugas SPR.
Seramai 72,169 pengundi berdaftar dijangka hadir membuang undi sebelum pusat mengundi ditutup pada jam 5.30 petang.
Topic Berkaitan
#Warisan
#GPS
#Sarawak
#Sabah
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan