awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kerajaan bersih dan berintegriti antara lima tonggak Manifesto Warisan

Radhi Muslim
Radhi Muslim
09/11/2022
06:21 MYT
PRU15: Kerajaan bersih dan berintegriti antara lima tonggak Manifesto Warisan
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pelancaran manifesto tersebut akan dibuat dalam waktu terdekat.
SANDAKAN: Memastikan kerajaan bersih dan berintegriti antara lima tonggak utama Manifesto Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pelancaran manifesto tersebut akan dibuat dalam waktu terdekat.
"Kerajaan bersih dan berintegriti itu meliputi bebas rasuah, ketirisan dan penyelewengan.
"Kita mahukan kerajaan yang ada ketelusan, kita mahukan tadbir urus yang baik. (Sebagai contoh), beli peralatan macam kapal (tetapi) hilang, duit pun hilang. Kalau kita mahu beli peralatan apa tujuannya," katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam bersama pemimpin Warisan di Sandakan pada Selasa malam.
Mohd Shafie menambah, selain kerajaan bersih dan berintegriti, Warisan juga meletakkan perpaduan dan penyatuan rakyat Malaysia dalam manifesto tersebut.
Seterusnya, melihat kepada tadbir urus yang telus selain inklusif serta kerajaan yang adil.
Topic Berkaitan
#Manifesto Warisan
#Mohd Shafie Apdal
#Warisan
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan