awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kerajaan di landasan tepat lonjak semula ekonomi negara - Ismail Sabri

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
11/11/2022
11:01 MYT
PRU15: Kerajaan di landasan tepat lonjak semula ekonomi negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada program Moh Ngeteh bersama penduduk Orang Asli sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Bongkok hari ini. - Foto BERNAMA
BERA: Dasar pemulihan negara pasca COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan tepat bagi melonjakkan semula ekonomi negara.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kejayaan itu terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat kepada 14.2 peratus bagi suku ketiga 2022 berbanding 8.9 peratus pada suku kedua tahun sama.
Tambah Ismail Sabri, peningkatan positif ini menunjukkan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti pembukaan semula ekonomi dan sempadan, memberi impak positif kepada Malaysia.
"Daripada 5 peratus suku pertama 2022 naik kepada 8.9 peratus dan suku ketiga 14.2 peratus kita percaya ini merupakan salah satu yang antara yang tertinggi di Asia Tenggara ini, jadi prestasi suku ketiga ini jelas menunjukkan kejayaan kerajaan di dalam memacu pemulihan ekonomi pasca COVID-19 ini," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap pada program Moh Ngeteh bersama penduduk Orang Asli sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Bongkok
Perdana Menteri juga berkata, kadar pengangguran terus menurun 3.6 peratus direkodkan pada September 2022 berbanding 4.6 peratus tahun lalu.
Malah jualan perdagangan borong dan runcit mencapai RM134 bilion pada September lalu menunjukkan peningkatan 23.9 peratus berbanding September 2021 dengan nilai dagangan sebanyak RM108.1 bilion.
Tambahnya, sektor perniagaan juga semakin mengukuh dengan nilai dagangan sebanyak RM161.7 bilion bagi sektor pembuatan pada September lalu dengan peningkatan sebanyak 19.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata ia berhasil setelah kerajaan tampil dengan pelbagai dasar pemulihan untuk membawa Malaysia keluar dari kancah kemelut ekonomi walaupun berdepan kelembapan ekonomi dunia.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KDNK
#pasca COVID-19
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan