awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kota Tinggi bukan platform letak calon jadi menteri

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
03/11/2022
04:00 MYT
PRU15: Kota Tinggi bukan platform letak calon jadi menteri
Rasman Ithnain berkata budaya menjadikan satu-satu kawasan sebagai tempat singgahan untuk menang sebagai Ahli Parlimen adalah tidak adil. - Astro AWANI
KOTA TINGGI: Parlimen Kota Tinggi bukan tempat 'singgahan' atau platform individu untuk menang dan mendapat jawatan lebih tinggi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Rasman Ithnain berkata budaya menjadikan satu-satu kawasan sebagai tempat singgahan untuk menang sebagai Ahli Parlimen adalah tidak adil.
Katanya terdapat lebih 61,000 pengundi di Parlimen Kota Tinggi yang memerlukan perubahan untuk generasi kini, malah lebih 50 peratus daripada pengundi adalah anak muda.
"Saya tidak sesuai untuk komen kehadiran Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke parlimen Kota Tinggi sebagai calon Barisan Nasional (BN).
"Tetapi perlu diingat, saya juga anak jati Kota Tinggi. Pada saya jangan jadikan Kota Tinggi ini sebagai platform calon-calon untuk dapatkan jawatan di peringkat lebih tinggi, seperti menteri.
"Kita (di Kota Tinggi) sejak 1955 hingga 2022 menjadi platform untuk menang sahaja jadi Menteri. Tetapi berapa banyak terlaksana perancangan untuk rakyat? Apa lagi rancangan yang boleh dilaksanakan untuk generasi akan datang?.
"Maaf, pada saya sebab itu budaya paltform masuk bahagian lain adalah tidak adil, seolah-olah ada kuasa eksekutif kepada yang berjawatan, kena jaga semua parti ada akar umbi,"katanya ketika ditemui, di sini.
Kerusi Parlimen Kota Tinggi menjadi tumpuan apabila BN mengumumkan Naib Presiden UMNO atau 'Top Five' bertanding di kerusi itu.
Pada PRU14 lalu, Mohamed Khaled tewas mengejut di Parlimen Pasir Gudang. Beliau turut tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada pilihan raya berkenaan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Mohamed Khaled Nordin
#Rasman Ithnain
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan