awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ku Li tewas selepas 12 penggal pertahan Gua Musang

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
19/11/2022
15:20 MYT
PRU15: Ku Li tewas selepas 12 penggal pertahan Gua Musang
Selepas 12 penggal mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga veteran Umno tewas. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas 12 penggal mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga veteran UMNO tewas kepada pesaingnya Mohd. Azizi Abu Naim dari Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mohd. Azizi yang mendapat 21,826 undi, menang dengan majoriti 163 undi. Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai ‘Ku Li’ pula mendapat 21,663 undi.
Dua lagi calon, Asharun Uji (Pakatan Harapan) memperolehi 4,517 undi, manakala Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat (Gerakan Tanah Air) mendapat 371 undi.
Tengku Razaleigh, 85, adalah wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini, iaitu selama 12 penggal di peringkat Parlimen dan negeri.
Pada PRU15, beliau cuba mempertahankan kerusi itu yang kali pertama dimenanginya tanpa bertanding pada tahun 1974 yang mana kerusi itu sebelum ini dikenali sebagai Ulu Kelantan.
Dalam PRU14, beliau mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen terbabit selepas menang dengan majoriti 3,913 undi dalam saingan tiga penjuru bersama calon Pas dan PKR.
Topic Berkaitan
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#PRU15
#tewas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan