awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Mustapa Mohamed sah tarik diri, tidak bertanding

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
02/11/2022
10:06 MYT
PRU15: Mustapa Mohamed sah tarik diri, tidak bertanding
Mustapa memaklumkan, penarikan diri itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor. - Gambar fail
JELI: Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak tahun 1995.
Mustapa atau turut dikenali sebagai Tok Pa, 72, melalui satu kenyataan memaklumkan, penarikan diri itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, sudah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Saya merakamkan penghargaan kepada rakyat Jeli, parti dan kerajaan kerana memberikan kepercayaan kepada saya berada dalam kerajaan dan mewakili Parlimen Jeli sejak dari tahun 1995," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRU15: Senarai calon-calon Parlimen BN dan PN
BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu merupakan individu bertanggungjawab membawa perubahan di Jeli dan meningkatkan sosioeknomi penduduk Jeli.
PN Kelantan dijadualkan mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding pada PRU15 di negeri ini malam ini.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Perikatan Nasional
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan