awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang - Idris Ahmad

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/10/2022
13:05 MYT
PRU15: Pas bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang - Idris Ahmad
Idris berkata, calon yang akan mewakili parti itu belum diputuskan dan keputusan akan dibuat oleh pucuk pimpinan Pusat. - Gambar fail
BUKIT GANTANG: Pas akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata, bagaimanapun calon yang akan mewakili parti itu belum diputuskan dan keputusan akan dibuat oleh pucuk pimpinan Pusat.
“Tengok pada hari kejadian nanti, parti yang akan tentukan perkara itu.
“Yang pasti Pas akan bertanding di Bukit Gantang, siapa calon yg diletakkan kita tidak tahu lagi... sebab dalam Pas, kita tidak berebut-rebut, Pas bukan macam parti lain,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan bantuan berjumlah RM29,500 kepada seorang penduduk, Abu Hassan Saad bagi memperbaiki kediamannya yang daif di Changkat Ibol, di sini, hari ini.
Idris berkata, beliau akan membawa pandangan parti, bukan pandangannya sendiri, dalam mesyuarat yang dijadualkan Sabtu hadapan.
“Pimpinan Pusat akan mengeluarkan kenyataan tentang keputusan dalam mesyuarat itu nanti,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dijangka menjadi antara kerusi yang menjadi rebutan kerana Idris dikatakan ingin bertanding di kerusi itu yang pernah dimenanginya pada PRU13.
Pada PRU14, Syed Abu Hussin Hafiz Syed yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menewaskan Idris sebelum menjadi Ahli Parlimen Bebas dan kemudiannya menyertai Bersatu.
Pada 16 September lalu, Syed Abu Hussin membayangkan kemungkinan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu atas tiket Bebas sekiranya tidak terpilih mewakili parti pada PRU15.
Bagaimanapun, pada 23 September, beliau menyatakan kesediaan untuk memberi laluan sekiranya ada calon yang lebih baik untuk bertanding di Parlimen itu.
Menurutnya, apa yang penting ialah calon itu mestilah boleh memberi khidmat dan diterima oleh rakyat.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Parlimen Bukit Gantang
#PAS
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan