awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pertandingan tiga penjuru umpama 'alah bisa, tegal biasa' - Dr Kartini

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
18/02/2021
01:05 MYT
PRU15: Pertandingan tiga penjuru umpama 'alah bisa, tegal biasa' - Dr Kartini
Dr Kartini menjelaskan, peertandingan tiga penjuru juga senario biasa yang sudah berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu serta PRU14 lepas. - Foto fail
KUALA LUMPUR:Pertandingan melibatkan tiga penjuru sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti diibarat seperti pepatah 'alah bisa, tegal biasa' dalam senario pilihan raya di negara ini.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib menjelaskan, ia juga senario biasa yang sudah berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu serta PRU14 lepas.
Bagaimanapun jelasnya, pertandingan tiga penjuru tidak akan merealisasikan hasrat, jika mahu mengekalkan kepimpinan Melayu dalam negara pelbagai etnik.
Ujarnya, ini adalah masa parti-parti Melayu perlu bergabung dan bersedia mengetepikan soal tamak dan kuasa.
"Sebelum berlakunya perpecahan parti Melayu pun, senario pilihan raya di Malaysia telah biasa melihat tiga penjuru, empat penjuru, jadi saya rasa tidak perlu bimbang dengan kemeriahan penjuru, melainkan kita mahu melihat negara ini, yang satu ketika dahulu, dipimpin oleh kepimpinan Melayu.
"Kita boleh menyeru parti-parti Melayu untuk bergabung dan bersedia berkongsi kuasa dalam keadaan yang lebih seimbang dan bertolak ansur.
"Tetapi seandainya kemelut tamak dan kepentingan parti itu mengatasi kepentingan rakyat dan negara, maka secara realitinya, pragmatik akan berlaku tiga hingga empat penjuru seperti sebelumnya.
"Kita tidak melihat perkara ini dalam keadaan yang akan mewujudkan ketidakstabilan. Ini adalah kemeriahan dan kerencaman demokrasi," katanya semasa dihubungi pada Khamis.
BACA: Pertandingan tiga penjuru PRU-15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara - PINTAR
BACA: Beri jawatan TPM kepada UMNO elak pertembungan pada PRU15 - Penganalisis
Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor sebelum ini berkata, pertandingan melibatkan tiga penjuru sewaktu PRU15 nanti hanya akan merugikan sentimen politik Melayu-Islam, termasuk kestabilan negara.
Dr. Mohd Roslan turut berpandangan situasi Parlimen tergantung bakal berlaku sekiranya Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berentap sesama mereka.
Dalam pada itu kata Dr Kartini, faktor defisit kepercayaan merupakan isu utama dalam perhubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini.
"UMNO sebagai parti yang lebih lama tidak mahu diperlekehkan oleh Bersatu, iaitu dilihat sebuah parti serpihan buat masa ini yang bergantung kepada UMNO untuk survivalnya.
"Jadi untuk UMNO dan Bersatu, apa yang perlu dilakukan pemimpinnya ialah duduk dan berbincang serta meleraikan kekusutan dalam agihan kerusi selain perlu meraikan semangat ukhwah mengatasi kepentingan peribadi," ujarnya.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Barisan Nasional
#PRU14
#Pakatan Harapan
#Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan