awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN tawar diskaun 25 peratus PTPTN jika tawan Putrajaya

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/11/2022
15:44 MYT
PRU15: PN tawar diskaun 25 peratus PTPTN jika tawan Putrajaya
MUHYIDDIN: Perikatan Nasional akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasa golongan belia dan mensejahtera keluarga muda. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Manifesto Perikatan Nasional (PN) merangkumi pelbagai manfaat untuk belia daripada pengurangan pinjaman pendidikan, dan inisiatif pemilikan rumah.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan jika gabungan itu berjaya mengambil alih Putrajaya, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang lulus kelas dua akan mendapat pengurangan sebanyak 25 peratus ke atas bayaran pinjaman mereka.
"Golongan belia adalah aset masa depan negara. Justeru, Perikatan Nasional akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasa golongan belia dan mensejahtera keluarga muda.
“Selain itu, PN menawarkan inisiatif menyediakan Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama serta menambah baik skim pembiayaan perumahan bagi golongan B40 dan M40 seperti skim rent-to-own dan pembelian tanah.
“PN juga akan menetapkan kuota sekurang-kurangnya dua orang Senator dalam Dewan Negara untuk belia dan beliawanis bagi memastikan suara anak muda didengar di Parlimen.
“Seterusnya, kita akan memberi insentif khas bernilai RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang layak untuk mengikuti kursus terpilih di institusi pengajian tinggi,” katanya pada majlis pelancaran manifesto PN, pada Ahad.
Sebanyak 234 tawaran dikemukakan PN yang merangkumi 12 tunjang dan 30 pendekatan pada pilihan raya umum kali ini.
Antara yang menjadi tumpuan adalah ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#diskaun PTPTN
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan