awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Satu undi untuk KJ, dan calon PM ialah Ismail Sabri' - Khairy

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/11/2022
05:18 MYT
PRU15: 'Satu undi untuk KJ, dan calon PM ialah Ismail Sabri' - Khairy
Isu 'satu undi untuk Khairy sama dengan satu undi untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi' hanya dimainkan parti lawan.
SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) untuk Sungai Buloh di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khairy Jamaluddin mahu pengundi memahami bahawa calon Perdana Menteri dikemukakan parti itu adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, isu satu undi untuk Khairy sama dengan satu undi untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya dimainkan parti lawan.
"Satu undi untuk saya adalah satu undi untuk KJ, dan calon Perdana Menteri BN ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Naratif ini mesti perjelaskan sekarang juga. Calon PM adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya kepada media selepas selesai proses penamaan calon Sungai Buloh di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di sini pada Sabtu.
Justeru, naratif berkenaan perlu diubah memandangkan Ismail Sabri telah dinamakan sebagai Perdana Menteri oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri.
"Satu undi untuk KJ di Sungai Buloh adalah untuk satu undi untuk KJ di Sungai Buloh. Saya akan mendukung Ismail Sabri sebagai calon PM seperti mana yang diumumkan oleh Zahid sendiri. Tiada kekeliruan di situ," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau mengakui berdepan cabaran besar di Sungai Buloh memandangkan penyandangnya sebelum ini memperoleh majoriti lebih 20,000 undi.
"Saya mengalu-alukan cabaran yang datang. Berikan saya peluang untuk mewakili Sungai Buloh. Ini merupakan perjuangan yang paling sukar dalam karier politik saya," tegasnya.
Ditanya mengenai dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau akan ‘dikerat’ orang dalam UMNO, ini jawapan beliau:
"Saya belum bersedia untuk pergi dulu. Bukan hari ini," ujarnya.
Mengenai manifestonya, ia akan diumumkan pada minggu depan.
Pada PRU15 ini, Khairy akan bersaing dalam persaingan tujuh penjuru termasuk parti penyandang, Pakatan Harapan (PH).
Topic Berkaitan
#PRU15
#Khairy Jamaluddin
#Sungai Buloh
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan