awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan malam ini - Dr Dzul

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/11/2022
04:18 MYT
PRU15: Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan malam ini - Dr Dzul
Dr Dzulkefly selesai mengundi di SK Ijok hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) di Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bersedia dengan sebarang kemungkinan sama ada berdepan kemenangan atau sebaliknya di kerusi Parlimen itu.
“Pasti (terima sebarang kemungkinan) malam ini. Saya memohon kepada Allah untuk memberikan yang terbaik dan takdir ditetapkan Allah itu mengatasi segala-galanya.
“Saya memberikan usaha yang terbaik dan selain daripada itu kita serah kepada Allah,” katanya kepada media selepas selesai mengundi di pusat mengundi di SK Ijok di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berharap golongan Undi18 dan mereka yang pertama kali mengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab kepada negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
“Undi18 dan undi kali pertama dikatakan akan menjejaskan peratusan kempen.
"Namun, saya harap mereka semua dapat keluar mengundi walaupun Undi18 itu dikatakan sebagai faktor risiko menjejaskan peratusan mengundi.
"Saya yakin peratusan keluar mengundi akan capai lebih 75 peratus,” ujarnya.
Dr Dzulkefly yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor berkata, sepanjang dua minggu berkempen beliau telah berusaha memastikan pengundi sedia ada kekal menyokongnya dan pada masa sama mendekati serta menyantuni pengundi muda dan Undi18.
“Selepas saya melakukan libat urus melalui ceramah dan perbincangan dengan pengundi muda, saya yakin mereka sedar dan matang dengan apa yang disebutkan.
“Namun, minggu ini saya lihat berlaku pendidikan politik yang agak pantas dan meluas. Ini satu perkara yang baik,” tambahnya.
Kerusi di Parlimen Kuala Selangor menyaksikan persaingan empat penjuru pada pru15 ini.
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#PRU15
#Parlimen Kuala Selangor
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan