awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tidak akan ada perbincangan kerusi Parlimen Terengganu dengan UMNO - Rosol

Bernama
Bernama
06/04/2021
12:39 MYT
PRU15: Tidak akan ada perbincangan kerusi Parlimen Terengganu dengan UMNO - Rosol
Rosol berkata tiada sebarang perbincangan akan dilakukan dengan UMNO susulan keputusan parti itu memutuskan kerjasama dengan Bersatu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bersatu akan berbincang dengan PAS mengenai pembahagian kerusi Parlimen di Terengganu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Rosol Wahid.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Terengganu itu, berkata tiada sebarang perbincangan akan dilakukan dengan UMNO susulan keputusan parti itu memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
"UMNO dah lock (kunci pintu), lebih mudah kita bincang dengan dua pihak berbanding dengan tiga pihak," katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika ditemui media selepas melancarkan inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan di Pasar Tani Putrajaya, di sini hari ini.
Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS pada PRU14 iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.
UMNO menang dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Parlimen Hulu Terengganu berpindah menjadi milik Bersatu setelah Rosol mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Bersatu.
Ditanya adakah beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada PRU15, Rosol berkata : "Jika pucuk pimpinan kata bertanding, saya bertanding, jika kena tarik diri, saya akan tarik diri."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAS
#terengganu
#PRU15
#perbincangan kerusi
#rundingan kerusi
#Rosol Wahid
#Bersatu
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan